Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pelayan wanita dakwa dicabul pegawai khas Adun

 | July 13, 2017

Wanita itu dipaksa dicabul lelaki 'berbadan besar' itu pada hari dia memulakan tugas di sebuah pusat hiburan.

Anuar-Omar-cabulGEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang akan menyiasat dakwaan seorang bekas ahli majlis perbandaran mencabul seorang wanita yang baru memulakan tugas sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata lelaki terbabit dan wanita berusia 21 tahun itu akan dipanggil hari ini memberikan kenyataan.

“Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan,” katanya kepada FMT.

Sumber yang rapat dengan penyiasatan kes itu berkata orang yang menjadi sasaran laporan polis itu kini bertugas sebagai pegawai khas kepada seorang Adun dan berumur awal 40-an.

Sumber sama berkata lelaki itu yang dalam keadaan mabuk membawa wanita itu ke kawasan letak kereta, memeluk dan menciumnya, sebelum memaksanya melakukan seks oral.

Difahamkan kawasan tersebut dilengkapi dengan kamera litar (CCTV).

Wanita terbabit enggan menuruti kemahuan lelaki itu, sebaliknya merasa “terkejut, takut dan menangis”.

Lelaki “berbadan besar” itu kemudian menanggalkan seluarnya dan melakukan onani sehingga air mani terkena di peha wanita itu.

Lelaki itu kemudian cuba menawarkannya wang sehingga RM500 untuk bermalam dengannya, tetapi ditolak.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments