Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Rafizi bebas tuduhan hina ahli Umno, denda dipulangkan

 | July 13, 2017

Mahkamah berkata tidak ada bukti kenyataan pemimpin PKR itu mengganggu ketenteraman awam.

rafizi-ramli-umno-logo-1SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli daripada tuduhan menghina ahli Umno menerusi wawancara sebuah akhbar pada 3 tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha membenarkan rayuan Rafizi terhadap sabitannya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu menghina dengan niat yang disengajakan untuk mencetuskan gangguan keamanan.

Mahkamah turut memerintahkan denda RM1,800 yang dibayar Rafizi sebelum ini dipulangkan kepada naib presiden PKR itu.

Ghazali berkata dakwaan ia bertujuan membangkitkan kemarahan ahli Umno tidak dapat dibuktikan.

“Pertuduhan gagal menyatakan bagaimana tertuduh mengganggu keamanan melalui wawancaranya,” katanya.

Menurutnya, tindakan ahli Umno Selangor membuat laporan polis terhadap Rafizi juga tidak menunjukkan ia mengganggu ketenteraman awam.

Di luar mahkamah, Rafizi berkata beliau bersyukur dengan keputusan hari ini.

“Mahkamah telah menjelaskan dan memberikan panduan kepada ahli politik yang mengeluarkan kenyataan politik, yang mereka tidak boleh didakwa atas kenyataan politik,” katanya.

rafizi-ramli-gobind-court-1-dlmPada 26 Januari 2016, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjatuhkan denda RM1,800 kepada Rafizi kerana didapati bersalah menghina dan sengaja mencetuskan kemarahan ahli Umno dalam satu wawancara.

Beliau mendakwa Umno adalah dalang di sebalik serangan agama di Selangor pada 2014.

Kenyataannya dalam artikel bertajuk “Analyst: Will Rafizi quit if Selangor not toppled?” itu disiarkan fz.com dan The Edge Financial Daily.

Rafizi turut berdepan 1 lagi dakwaan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan skandal NFC.

Beliau tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum ke-14 jika gagal mengetepikan sabitan OSA dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakan jika dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000 oleh mahkamah.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments