Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Perlu serbu lebih kerap, termasuk Najib sekeluarga, kata Dr M

 | August 10, 2017

Bekas perdana menteri itu berkata beliau juga sedia disiasat oleh SPRM.

tunmamanah

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata siri serbuan yang dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap beberapa syarikat melibatkan anaknya menunjukkan kerajaan sanggup menyalah guna kuasa yang ada padanya dengan berlaku berat sebelah.

“Mereka ada hak, boleh buat apa sahaja. Kerajaan ada kuasa untuk disalah guna,” pengerusi Pakatan Harapan itu pada sidang media bersama pemimpin gabungan itu di bangunan Parlimen hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata tindakan serupa juga mungkin diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dr Mahathir berkata beliau mengalu-alukan tindakan itu tetapi berharap ia akan dipanjangkan kepada Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya.

“Saya rasa kita perlu adakan serbuan lebih kerap seperti ini kerana kita juga perlu serbu Najib, keluarganya, isterinya, anak lelakinya dan menantunya.

“Semua mereka perlu diserbu. Satu dunia menyebut tentang Najib tetapi tiada serbuan,” katanya.

Dua hari lalu, pegawai penguatkuasa LHDN dilaporkan menyerbu beberapa pejabat syarikat yang dikaitkan dengan 3 anak Dr Mahathir, iaitu Datuk Mokhzani Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Mirzan Mahathir.

FMT difahamkan selain Kencana Capital Sdn Bhd milik Mokhzani, LHDN turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.

Ia beberapa minggu selepas Dr Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan mendakwa kenalan rapatnya kini berdepan tindakan pihak berkuasa, termasuk diganggu perniagaan mereka menerusi LHDN.

Dr Mahathir hari ini berkata beliau bersedia disiasat sama ada LHDN atau SPRM.

“Mereka boleh periksa semua akaun saya… SPRM pun dialu-alukan.”

Sementara itu, Mukhriz yang juga naib presiden PH berkata siri serbuan itu bermotif politik dan sudah dijangka.

“Dan kami jangkakan ia tidak akan berhenti. Gangguan itu akan berpanjangan.”

Mukhriz berkata beliau akan bekerjasama penuh dengan LHDN kerana menganggap ia menjalankan tugas secara profesional, walaupun melaksanakan arahan daripada pihak “berkepentingan politik”.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments