‘Kanang Anak Langkau: The Iban Worrior’ – antara fakta sejarah dan hiburan

‘Kanang Anak Langkau: The Iban Worrior’ – antara fakta sejarah dan hiburan

Bukan mudah membuat filem sejarah, jika terlalu tekan fakta, penonton akan hilang minat. Jadi perlu ada keseimbangan antara sejarah dan hiburan

iban
fmt-ohsem-inside-article1Tugas Bade Azmi dalam mengarah filem Kanang Anak Langkau: The Iban Worrior bukanlah semudah yang disangka.

Dia mencari peluang untuk merealisasikan impiannya dan ia termasuk sokongan kewangan, kerajaan dalam memberi kelulusan, keluarga Kanang serta mencari pelakon yang boleh membawa watak itu.

Berdiri megah selepas “berjuang” di atas pentas sendiri, pengarah Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior berkongsi pengalaman sepanjang proses pembikinannya kepada Star2.com.

Bade pernah putus asa dengan filem itu pada 2013, sehinggalah dia dipujuk semula penerbit serta Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia).

“Mereka pujuk saya ambil semula projek itu… akhirnya saya bersetuju,” kata pengarah yang terkenal dengan filem seperti KL Menjerit dan Castello.

Menurut laporan itu, idea membuat filem yang menggambarkan keberanian Datuk Kanang Anak Langkau wujud ekoran pengaruh dan identitinya sebagai seorang askar paling diangkat di Malaysia, dan ideanya bermula daripada penerbit, Zainal Fikri.

“Filem ini mengambil masa yang lama dalam pembikinan, sekitar 7 tahun,” kata Zainal.

Kanang dari etnik Iban sangat mahir dengan ilmu hutan kemudian diserap masuk sebagai askar Angkatan Tentera Malaysia menentang pemberontakan komunis pada 1960-an.

Beliau menerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (kedudukan tertinggi dalam senarai anugerah persekutuan) untuk khidmatnya.

Dalam satu pertemuan dengan Kanang di Sarawak pada 2009, Zainal menceritakan bagaimana dia mendekati veteran tentera itu untuk mendapatkan restu membikin filem mengenai kisah hidupnya.

“Ketika itu beliau sudahpun dihubungi 5 penerbit tetapi tiada yang menjadi nyata. Beliau seolah berputus asa dan menasihati saya supaya mendapatkan kelulusan Kementerian Pertahanan memandangkan beliau seorang veteran tentera,” imbas Zainal.

Kemudian segalanya berjalan seperti yang dirancang. Zainal mendapat lampu hijau dari kementerian.

Zainal mahu menceritakan kisah Kanang dalam filemnya, kerana dia tahu ia sebuah kisah yang boleh memberi inspirasi.

“Beliau tidak berpendidikan tetapi menggadai nyawa dalam mempertahankan negaranya. Kanang terselamat daripada 3 das tembakan. Cerita beliau berbeza dengan yang lain,” jelas Zainal.

Dalam pada itu Bade akui bukan mudah untuk membuat kisah sejarah dalam masa yang sama menghiburkan.

Zainal menambah, antara cabaran lain ketika membikin filem ini ialah mencari dana selain hero yang sesuai untuk watak Kanang.

Lans Koperal Langgi Anak Kanang didekati untuk melakonkan watak bapanya, namun beliau menolak.

Langgi berusia 36 tahun juga bertugas dengan Angkatan Tentera Malaysia akhirnya bersetuju selepas Zainal membuat beberapa pusingan mencari calon watak yang sesuai.

Zainal melawat hampir setiap kem tentera di negara ini mencari seorang askar Iban bagi watak Kanang.

Selepas segalanya berjalan lancar, berita kematian Kanang pada Januari 2013, pada usia 67 pula memaksa penggambaran ditangguhkan.

“Saya berfikir bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenai Kanang apabila beliau tidak lagi bersama kita. Saya kena tukar skrip dan jalan cerita, satu lagi cabaran,” kata Bade.

Akhirnya, Bade dapat membawa kisah Kanang dalam perspektif berbeza yang juga dipercayai berhasil.

“Bukan mudah untuk membawa sebuah filem sejarah. Jika kita terlalu menekankan fakta, maka kita akan hilang minat penonton. Jadi, kita perlu membuat pada kadar pantas sambil mencari keseimbangan antara sejarah dan hiburan,” katanya.

Zainal akhirnya menarik nafas lega selepas semuanya selesai pada 2013.

 

https://www.youtube.com/watch?v=yrlVRFo3alI

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.