Biar betul, semua makanan di warung ini hanya RM1?

Biar betul, semua makanan di warung ini hanya RM1?

Makanan yang dijual di Warung Seringgit ialah nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, mi kari, mi rebus, laksa Penang, soto nasi, bihun soto dan bakso selain lauk-pauk dan kuih-muih.

warung-1
fmt-ohsem-inside-article1KLUANG: “Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain’ menjadi mantera dan pegangan seorang peniaga makanan di Kluang, Johor yang menawarkan semua jenis makanan pada hanya RM1.

Bermula niat untuk bersedekah pada ulang tahun kelahirannya 2 tahun lalu, pemilik gerai makanan ‘Warung Seringgit’ tidak menyangka niat baiknya itu mendapat sambutan mengalakkan daripada pelanggannya.

Mana tidaknya, gerai makanan yang dijual di Warung Seringgit yang dijual dari pukul 7 pagi hingga 1 tengah habis ‘licin’ sebelum waktunya dengan kedatangan pelanggan yang tidak putus-putus.

warung-5

Pemiliknya, Ramlah Amin, 45, ketika ditemui FMT Ohsem berkata, “Niat untuk bersedakah dengan harga RM1 pada13 Desember, 2 tahun lepas mendapat sambutan ‘luar biasa’.

“Sejak itu saya memutuskan menjual semua jenis makanan pada RM1,” katanya.

warung-3

Ramlah, anak jati Kluang menjelaskan dengan RM1 itu, pelangganya boleh menikmati pelbagai jenis makanan seperti nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, mi kari, mi rebus, laksa Penang, soto nasi, bihun soto dan bakso.

Manakala, bagi setiap lauk-pauk tambahan seperti ayam goreng, ayam masak merah, ayam kari, ayam kicap, ayam cili padi, ikan goreng, ikan mata merah, ikan tuka dan ikan tongkol tambahan RM1 dikenakan.

Begitu juga dengan semua jenis air yang dijual di Warung Seringgit semuanya RM1.

“Ramai yang bertanya jika berniaga pada harga RM1 tidak merugikan, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi sekarang, dan saya jawab tidak.

“Walaupun untung tidak besar tetapi cukup untuk saya mendapat balik modal, bayar gaji pekerja dan menyara kehidupan keluarga saya,” kata ibu tunggal kepada 5 orang anak.

Ramlah menambah, hasil pendapatan dengan menjual semua jenis makanan pada harga RM1 mencecah sekitar RM1500 dalam sehari.

“Saya amat bersyukur dan akan menambah lagi jenis makanan RM1 jika terus mendapat permintaan orang ramai. Oleh kerana berniaga RM1, maka saya sememangnya perlukan orang yang ramai ke gerai saya,” katanya.

Menurut wanita ini, selain bersedekah beliau berpuas hati kerana dapat membantu orang yang tidak berkemampuan mengenyangkan perut selain membawa keluarga menikmati makanan yang sedap.

Bagi golongan ini, Warung Seringgit menawarkan makan dan minum makanan dan minuman pada harga RM1.

warung-4

“Hasilnya, orang tidak putus-putus datang. Saya menerima kunjungan dari beberapa tempat selain Kluang. Antaranya, Ayer Hitam dan Simpang Renggam di Johor, Melaka, Kuala Lumpur serta paling jauh adalah dari Singapura,” katanya.

Gerai Warung Seringgit yang terletak di Jalan Mersing berhadapan Aeon Big, Kluang dibuka setiap hari kecuali Isnin turut menjual aneka kuih-muih untuk sarapan pagi.

Kuih muihnya pula dijual pada harga RM1 bagi 3 biji.

warung-2

Bayangkan, dengan kuih muih dan makanan seperti nasi lemak berlauk ayam atau ikan serta dengan air, semuanya beres dalam hanya RM4.

“Bila jual murah macam ini, ramai juga yang datang untuk membelanja kawan-kawan dan kenalan. Alhamdulilah rezeki juga untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, anak Ramlah, Ungku Najwa Ungku Azlan, 23, bersyukur gerainya ibunya itu semakin diterima orang ramai selepas Warung Seringgit tular di laman sosial Facebook sejak seminggu yang lalu.

“Alhamdulilah ini rezeki keluarga. Saya tidak pernah mempersoal usaha dan tindakannya, malah sentiasa menyokong niat baik ibu saya,” katanya.

Selain Najwa, 2 lagi adiknya iaitu Ungku Nabila Ungku Azlan, 22 dan Ungku Najiha Ungku Azlan juga dilihat menyokong ibunya.

“Ibunya juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis.

warung-6

“Ini sedikit sebanyak memberi pendapatan tambahan kepada keluarga kami. Buat masa ini saya tidak dapat menyambung pengajian kerana terpaksa membantu ibu sepenuh masa.

“Saya ingin meneruskan perniagaan RM1 ibu saya,” katanya.

Kalau nak bertandang ke gerai ini, pergilah seawal yang mungkin kerana orang ramai sudah mula “Q” sebelum pukul 7 pagi lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.