Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bukan apa yang kita ajar tetapi apa yang mereka pelajari

March 12, 2016

Sekiranya pelajar tidak berkongsi pandangan kita, maka apa yang kita lakukan tidak mungkin mempunyai kesan yang dimaksudkan.

COMMENT

guru

Oleh Azizi Ahmad

Ada satu teka-teki yang berbunyi “jika sebatang pokok tumbang di dalam hutan, dan tiada sesiapa pun berada di sekelilingnya, adakah ia masih mengeluarkan bunyi?” Kata kunci persoalan di sini adalah bagaimana kita mentafsirkan maksud ‘bunyi’. Jika kita maksudkannya sebagai “getaran frekuensi tertentu yang dihasilkan di udara”, mungkin jawapannya adalah ‘ya’. Dan jika kita maksudkannya sebagai “getaran yang meransangkan sistem bunyian organisma’, jawapannya adalah ‘tidak’.

Lebih mencabar adalah teka-teki yang kadang-kadang dikaitkan dengan pendidik yang gagal: “Saya mengajar pengajaran yang baik tetapi pelajar yang tidak belajar”. Sekali lagi, semuanya bergantung kepada kenyataan yang dimaksudkan. Jika pengajaran difahami sebagai aktiviti interaktif, yang memudahkan proses pembelajaran, maka kenyataan tersebut adalah tidak masuk akal. Begitu juga dengan kenyataan seperti “saya dijamukan dengan makanan yang hebat dan menyelerakan walaupun saya tidak makan satu apa pun”.

Bagaimana pula jika pengajaran didefinisikan dengan apa yang guru ajar dan buat ketika didalam kelas? Dalam kes itu, kenyataan itu tidak bermakna.

Persoalan ini sesungguhnya berlaku kepada pendidik yang menganggap pembelajaran, berbanding dengan hanya mengajar – sebagai sesuatu yang mereka lakukan sebagai hanya satu pekerjaan . Secara umum, mereka tidak perlu peduli apa yang mereka lakukan dan anak-anak tidak perlu tahu apa yang dilakukan oleh mereka.

Cuba kita renungi apa pula yang berlaku antara anak-anak dengan ibubapa mereka. Apabila setiap individu diminta untuk menerangkan beberapa aspek kehidupan mereka, jawapan menarik yang diperolehi adalah berbeza. Sebagai contoh, satu kajian yang dijalankan tentang samada anak-anak dilibatkan dalam membuat keputusan bersama dalam hal keluarga pastinya menghasilkan respon yang berbeza bergantung kepada soalan yang ditujukan kepada ibubapa atau anak-anak.

Persoalan penting adalah bukan siapa yang betul atau siapa yang salah; tetapi ianya lebih kepada perspektif yang memberikan pelbagai hasilan dan jawapan.

Tidak kiralah apa bentuk pengajaran yang cuba diterapkan oleh ibu bapa untuk tujuan mendidik. Jika anak-anak menerimanya sebagai satu bentuk didikan berunsur kasih sayang, maka itulah yang akan menentukan kesannya. Ibu bapa juga boleh memberi pujian dengan harapan untuk memberikan dorongan, tetapi anak-anak boleh bertindak balas terhadap penghakiman yang tersirat walaupun dimaklumkan bahawa mereka telah melakukan sesuatu “kerja yang baik “, atau mereka mungkin akan bertindak menyenangkan hati orang yang dianggap berkuasa .

Dari pengajaran hukuman dan ganjaran, anak-anak boleh mendapat pengajaran ‘bersyarat’ : Saya akan disukai dan disayangi – hanya apabila saya melakukan apa yang saya diberitahu. Sudah tentu, kebanyakan ibu bapa akan menyatakan bahawa mereka tetap menyayangi anak-anak mereka tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Tetapi, satu kumpulan penyelidik mengenai gaya kawalan keibubapaan mendapati bahawa, “pengalaman kanak-kanak dan tingkah laku inilah yang mungkin memberi kesan yang besar dalam perkembangan kanak-kanak selanjutnya. “Ia adalah mengenai kesan yang diterima, dan bukan apa yang orang dewasa fikir mereka sampaikan yang di ambil kira.”

Situasi yang sama berlaku di sekolah dimana pendidik menggunakan kaedah yang sama terhadap anak murid mereka. Kita mungkin berfikir kita menekankan kepentingan menepati masa dengan mendenda mereka kerana lewat, atau bahawa kita membuat satu kenyataan mengenai keperluan untuk saling menghormati apabila kita menggantung pelajar kerana bersikap biadap, atau bahawa kita menyokong nilai kelakuan tertentu apabila kita menawarkan ganjaran kepada yang berkelakuan baik.

Tetapi bagaimana jika pelajar yang sedang dihukum atau diberi ganjaran tidak melihat dengan cara itu? Bagaimana jika jawapan beliau adalah : “Tidak adil!” Atau “Lain kali saya tidak akan ambil” atau “Saya rasa apabila anda mempunyai kuasa yang lebih anda boleh membuat orang lain menderita jika mereka tidak melakukan apa yang anda mahu” atau “Jika mereka memberi ganjaran kepada saya untuk x, maka x mestilah sesuatu yang saya tidak akan mahu lakukan.”

Kita tentunya menganggap bahawa pelajar mungkin tersalah anggap atau tidak memahami akan tindakan yang telah diambil, bahawa tindakan kita adalah benar-benar adil dan wajar, dan sistem ganjaran yang diperkenalkan adalah masuk akal dan sempurna. Tetapi sekiranya pelajar tidak berkongsi pandangan kita, maka apa yang kita lakukan tidak mungkin mempunyai kesan yang dimaksudkan. Keputusan bukanlah dari hasilan tingkah laku tetapi dari makna yang dikaitkan dengan tingkah laku.

Perkara yang sama adalah benar bagi guru penggred yang tegas. Niat mereka – untuk ” mengekalkan piawai tinggi” atau ” memberi motivasi kepada pelajar untuk melakukan yang terbaik ” – adalah tidak relevan jika gred yang rendah dilihat berbeza oleh pelajar yang menerimanya. Begitu juga, jika pelajar melihat kerja rumah sebagai sesuatu yang mereka tidak sabar untuk mereka selesaikan, walaupun rekabentuk tugasan direka dengan baik atau bernilai pada fikiran kita. Kemungkinan bahawa ianya akan membantu pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan, apatah lagi menjadi teruja mengenai topik ini, adalah sangat rendah.

Jika guru hanya melakukan perkara yang mereka sepatutnya lakukan dan menyerahkannya kepada setiap pelajar untuk memahaminya, “supaya mereka sendiri merasainya seperti mana yang dihasratkan mereka dan bahawa terpulanglah samada mereka faham atau tidak”, maka pembelajaran bermakna tidak akan wujud didalam bilik darjah.

Mari kita hadapinya secara terbuka; adalah lebih baik memberi tumpuan kepada pengajaran dari pembelajaran, dan adalah mudah menyalahkan orang lain dari diri sendiri. Keadaan menjadi teruja, apabila beberapa jenis penilaian dijalankan keatas murid; dan untuk menganggap keputusan pencapaian terutamanya mendedahkan berapa banyak kemajuan telah dilaksanakan tanpa menyedari bahawa kualiti pengajaran juga sedang dinilai.

“Saya telah mengajar sesuatu yang baik…” mungkin memberi gambaran bahawa pembelajaran dilihat sebagai satu proses menyerap maklumat, yang seterusnya pengajaran bermaksud menyampaikan maklumat tersebut. Pendekatan ini adalah biasa dijalankan dikalangan guru sekolah menengah dan pengajar kolej, yang digalakkan menganggap diri mereka sebagai ‘pakar’ dalam bidang seperti kesusasteraan, sains, sejarah daripada bidang ‘pedagogi’.

Masalah ini mungkin bermula di institusi pendidikan, dimana guru pelatih menumpukan masa pembelajaran yang sedikit tentang pembelajaran, berbanding dengan masa yang dikhaskan untuk kandungan mata pelajaran teras. Lebih memburukkan keadaan, apabila guru kini diminta untuk berfikir tentang pembelajaran, ia boleh ditafsirkan dari sudut tingkah laku, dengan penekanan diskret serta kemahiran yang boleh diukur. Isunya bukan untuk memperdalam pemahaman (dan semangat) tetapi semata-mata untuk meningkatkan skor ujian.

Hakikatnya adalah bahawa pembelajaran sebenar sering tidak boleh diukur dan keasyikan gaya korporat dengan “data ” telah menukarkan persekolahan menjadi sesuatu yang cetek dan tidak bermaya. Sebaik-baiknya , perhatian kepada pembelajaran melambangkan usaha bagaimana setiap pelajar mampu menguasai pembelajaran, dan mereka boleh berpijak di bumi yang nyata.

“Pengajaran” sebenarnya mengingatkan kita, “untuk mendengar”. Pelajar lah yang seharusnya ‘memaklumkan’ kepada pengajar sejauh manakah mereka berupaya berdepan dengan kurikulum yang menarik. Bayangkan apakah yang akan berlaku jika kita benar-benar mengaplikasikan ‘kebijaksanaan’ ke dalam tindakan .

Kita tidak boleh sekadar mengambil mudah dalam hal ini tetapi kesediaan kita untuk menerima pandangan pelajar. Bagaimanakah perasaan anda jika diminta menulis satu esei atau menyelesaikan masalah yang tertakluk kepada penilaian berterusan? Pendidik juga harus mencuba sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka sendiri, sesuatu yang mereka perlu berjuang untuk menguasai, untuk menghargai apa yang pelajar-pelajar mereka tempuhi setiap hari.

Akhir sekali, sebagaimana guru kepada pelajar, begitulah pentadbir kepada guru-guru. Kejayaan kepimpinan sekolah tidak hanya bergantung kepada apa yang pengetua dan pentadbir lakukan, tetapi bagaimana pelaksanaan dan tindakan mereka terhadap guru-guru . Mereka yang menerima mungkin akan terkesan, tetapi moral adalah sama: Adalah wajar untuk melihat apa yang kita lakukan melalui pandangan orang lain.

Azizi Ahmad berkhidmat di Jabatan Ilmu Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments