Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Persekitaran Pembelajaran Maya, Moodle atau Frog?

April 3, 2016

Persekitaran Pembelajaran Maya boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

COMMENT

frogasia

Oleh Azizi Ahmad

Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment) adalah sistem pembelajaran berteras laman sesawang web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep maya dalam pendidikan konvensional.

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) sebagai Intranet, bilik darjah diatas talian dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung.

Persekitaran Pembelajaran Maya boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

Sistem ini dibangunkan di atas pelantar pembangunan persekitaran maya yang membolehkan guru-guru mencapai dan membangunkan laman-laman pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran pembelajaran maya (VLE) memudahkan laman-laman pembelajaran dicapai dengan mudah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Anjakan 7 PPPM menyatakan: Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013.

Rangkaian ini berfungsi sebagai asas kepada pembinaan pelantar pembelajaran maya yang dapat digunakan oleh guru, murid, dan ibu bapa untuk berkongsi sumber pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif, dan berkomunikasi secara maya.

Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara maya manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui Persekitaran Pembelajaran Maya.

Ibubapa juga boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemaskini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet.

Dalam tempoh 10 tahun yang kebelakangan ini, dunia pendidikan mendapat manfaat daripada e -revolusi sebenar – sekolah-sekolah dan universiti kini mempunyai Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) yang berfungsi.

Pelantar pembelajaran maya ini, adalah sebuah sistem dalam talian yang membolehkan guru-guru untuk berkongsi bahan-bahan pendidikan dengan murid-murid mereka melalui laman web. Contohnya termasuk Moodle , WebCT dan Blackboard.

Setiap institusi pengajian harus mengintegrasikan PPM atau VLE ke dalam pelajaran mereka dan harus membiasakan pelajar dan pendidik menggunakannya di luar waktu bilik darjah . Berikut adalah beberapa sebab mengapa penggunaannya diharuskan:

• Komunikasi – boleh mewujudkan beberapa saluran komunikasi dalam bentuk forum , laman perbincangan , pungutan suara , kaji selidik – maklum balas segera sama ada dalam kumpulan atau secara individu

• Penghasilan tugasan dan kerja kursus – pelajar tidak perlu hadir secara bersemuka dengan pengajar tertutama dalam penghantaran tugasan

• Hab sumber – pengajar mempunyai ruang simpanan atas talian bagi fail-fail ‘power-point’, dokumen (doc.), lembaran kerja dan sebagainya yang boleh dikongsikan dengan pelajar

• Laman Web dinamik – pengajar boleh dan berpeluang untuk membina ruang maya yang menarik dan dinamik bagi memperkenalkan laman dan subjek matapelajaran

• Rangkaian dengan sumber luar – laluan kepada lain-lain ruang sumber pembelajaran diatas talian dihubungkaitkan melalui PPM/ VLE

• Kandungan terbenam (Embedded content) – sumber seperti YouTube, BBC, petikan dan cetakan akhbar boleh di ‘benamkan’ sebagai bahan terus ke muka laman

• Podcasts dan video – perkongsian ‘podcast’ dan video boleh dilaksanakan oleh kedua kumpulan pengajar dan pelajar.

Penggunaan Moodle , di katakan ‘percuma’. Moodle juga adalah bercorak ‘Open Source’ , dan oleh itu ia tidak mempunyai yuran pelesenan, namun kos awal penyediaannya tidak melibatkan kos yang tinggi.

Bagi seseorang yang mahir dalam menyediakan tatacara perisian (plugins), Moodle adalah penyelesaian yang terbaik. Penggunaan Moodle memang memerlukan staf dan kakitangan sokongan yang memang ahli dan mahir dalam tatacara perisian dan kakitangan maupun pengguna digalakkan diberi pendedahan dan latihan bagi membolehkan penggunaan yang memberangsangkan.

Frog VLE (Virtual Learning Environment) merupakan platform pembelajaran yang digunakan berasaskan pengkomputeran awan (cloud) yang membolehkan pentadbir, pengurus, guru sekolah serta murid menerapkan landasan pengajaran dan pembelajaran mereka ke dalam amalan dan persekitaran sekolah. Frog VLE boleh dilayari dengan menggunakan pelayar internet Google Chrome, Mozilla Firefox, Safari dan Internet Explorer.

Ia juga boleh digunakan sebagai landasan persekitaran pembelajaran yang direka bentuk sebagai sumber pembelajaran kendiri. Penglibatan sekolah secara maksimum akan dapat meningkatkan PdP dalam persekitaran pembelajaran yang selamat.

vleFrog dikatakan mempunyai ciri mudah dan luwes (dengan fleksibiliti). Dikatakan adalah mudah untuk membina dan membuat laman , menghasilkan sumber paparan , senang memasukkan media dan mudah di gunakan.

Pendidik haruslah dan perlu dengan bijaknya menarik minat pelajar untuk melayari dan melawat laman vleFrog yang telah dibina. Jika interaksi hanyalah merupakan perhubungan sehala dan laman tidak dikemaskini, usaha ini akan turut menemui kegagalan.

vleFrog juga membolehkan sesebuah laman lain di masukkan kedalam tapak laman dan persekitaran asal akan tetap dibawah naungan vleFrog.

Dengan kepelbagaian fungsi mengikut keperluan dan kegunaan teknologi, pengunaan apa saja perisian sokongan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah sangat mencabar.

Tambahan dengan perubahan dari segi proses kerja, keperluan yang berbeza, sumber kepakaran, sumber kemahiran dan pengetahuan serta sumber kepakaran yang terhad menjadi cabaran yang besar terhadap mana-mana perisian pengajaran dan pembelajaran.

Penyesuaian teknologi dengan budaya sekolah turut menjadi faktor cabaran dan bagi memenuhi perbezaan aspirasi rakyat dengan sistem sedia ada, pendidik dan pengguna haruslah bersikap terbuka dan bersedia untuk memaksimakan alat bantuan mengajar yang disediakan.

Walaupun harapan diberikan, menerapkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kedalam semua proses pendidikan di sekolah dan menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai sebahagian budaya di dalam kehidupan masyarakat seharian hendaklah di perkemaskan.

Azizi Ahmad adalah anggota Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Lembah Pantai.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments