Tony Pua, rakyat Selangor bukan bodoh

Tony Pua, rakyat Selangor bukan bodoh

Naib presiden PKR menjawab kebimbangan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mahu pilihan raya awal diadakan bagi mengelak persempadanan semula.

Tony Pua 22
Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus objektif di dalam proses persempadanan semula, yakni berdasarkan faktor yang munasabah untuk menuju ke arah meratakan padang permainan demokrasi, bukan memburukkan lagi.

Proses persempadanan semula juga mestilah mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk dan bukan bertujuan memburukkan lagi masalah perkauman di Malaysia.

Bagaimanapun, kita yakin rakyat mahukan perubahan kerana rakyat hilang kepercayaan kepada pemimpin negara yang terumbang ambing.

Kegagalan perdana menteri memberi penjelasan terhadap isu 1MDB mendorong kepada tuntutan rakyat untuk melakukan perubahan kepimpinan.

Kerajaan Selangor memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada semua kaum, maka walau apa pun bentuk persempadanan semula yang berlaku tidak dapat menahan air pasang rakyat yang tidak akan kembali lagi untuk menyokong Barisan Nasional.

Pandai atau bodohnya menangani isu ini tergantung kepada sikap istiqamah kita berhadapan dengan mandat dan kepercayaan rakyat.

Rakyat Selangor tidak bodoh, bahkan paling berpencerahan tentang isu politik dan ekonomi negara.

Shamsul Iskandar Mohd Akin merupakan naib presiden PKR dan ahli Parlimen Bukit Katil.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.