Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Apa salahnya kalau DAP nak jawatan TPM?

 | January 22, 2017

DAP ada calon Melayu yang boleh jadi TPM. Bukan semestinya calon Cina DAP yang menjadi TPM.

KOMEN

dap-kabinet

Apa salahnya kalau DAP nak jawatan timbalan perdana menteri?

Entahlah.

Barangkali ini pertama kali rakyat menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad memperbetulkan kesilapannya secara terbuka.

Menariknya, beliau melakukannya demi DAP kerana beliau mengakui ada tersilap cakap sehingga menggambarkan DAP ada meminta jawatan timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia memenangi pilihanraya umum ke-14.

Dr Mahathir menjelaskan yang meminta jawatan TPM ialah MCA bukannya DAP.

Cuma hairan mengapa Dr Mahathir tidak mengambil sikap yang sama seperti ketegasannya dalam melabelkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah dan mengkritik tajaan haji oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun dikritik pelbagai arah.

“MCA pernah minta, jadi apa salahnya DAP minta?” – sepatutnya itulah bunyi jawapan yang mencerminkan sikap Dr Mahathir dalam politik.

Sayangnya tidak. Dr Mahathir memilih untuk meminta maaf. Permohonan maafnya datang selepas pertemuannya dengan Lim Kit Siang sejurus isu TPM ini meletup di sosial media.

Mungkin kedua-dua peristiwa ini tiada kaitan, tapi dalam politik persepsi yang diperjuangkan Pakatan Harapan di mana dua orang memakai baju sama boleh menjadi isu, kedua-dua peristiwa boleh berkait.

Tapi jika difikirkan secara mendalam, apa salahnya kalau DAP nak jawatan TPM? Benda ini tak perlu malu-malu pun kalau ia benar.

DAP ada calon Melayu yang boleh jadi TPM. Bukan semestinya calon Cina DAP yang menjadi TPM walaupun dalam minda orang ramai masih susah hendak memisahkan perkataan Cina daripada nama DAP.

Jika benar, ia juga memudahkan rakyat membuat keputusan untuk mengundi siapa pada PRU14.

Bagi mereka yang gilakan PH, sudah tentu ini sesuatu yang patut diraikan dan dilihat sebagai sesuatu yang melonjakkan sokongan kepada PH.

Ini juga dapat memenuhi salah satu syarat yang dikemukakan pakar strategi PKR Rafizi Ramli bagi membolehkan PH memenangi Putrajaya, iaitu tahap sokongan pengundi Cina yang mengundi PH mesti sama seperti tahap gundi Pakatan Rakyat pada PRU13.

Selain faktor undi Cina, Rafizi juga menyatakan PH memerlukan separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi PH dan mereka dapat “merampas” (meminjam kata-kata seorang pemimpin Amanah) lebih 38% penyokong PAS.

Dalam kajiannya, Rafizi berkata walaupun PH hanya mendapat 24% sokongan rakyat berbanding PAS 21% dan BN 40% (dalam erti kata lain, walaupun ada 61% yang menolak PH), PH masih mempunyai peluang ke Putrajaya asalkan beberapa syarat di atas dipenuhi.

Cuma kalau betul jawatan TPM diberikan kepada DAP, PH rasanya boleh melupakan hasrat memenuhi syarat Rafizi untuk merampas sokongan 38% penyokong PAS.

Kalau begitu, hanguslah hasrat PH ke Putrajaya. Ini mana boleh terima?

Memandangkan isu ini begitu serius, berbaloilah Dr Mahathir memperbetulkan kesilapannya secara terbuka. DAP pun sudah menjelaskan mereka tidak pernah meminta mahupun memerlukan jawatan TPM.

Tapi, kalau macam itu, bagaimana pula PH nak penuhi syarat Rafizi untuk mengekalkan sokongan Cina yang meluap-luap, seperti yang berlaku pada RPU13, setelah mendiang Karpal Singh membuat pengumuman ini pada 4 Mei 2013 (laporan Yahoo):

“Of course the man who is fit to be prime minister of this country, we in DAP propose and support Datuk Seri Anwar Ibrahim as Malaysia’s seventh prime minister. Hadi Awang can be deputy prime minister. Lim Kit Siang can be DPM II and he can also be home minister”.

Entahlah.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments