Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Persoal isu solat jemaah tak bermakna belakangkan akidah

December 6, 2017

Pengarah PAGE menjelaskan pendirian kumpulan itu mengenai arahan supaya sekolah di Pahang mewajibkan solat jemaah.

KOMEN
Azimah berkata, ia adalah tanggungjawab guru besar dan pengetua untuk memastikan semangat kebangsaan kekal dalam sekolah kerajaan.

Azimah berkata, ia adalah tanggungjawab guru besar dan pengetua untuk memastikan semangat kebangsaan kekal dalam sekolah kerajaan.

Oleh Noor Azimah Abdul Rahim

Kebelakangan ini, timbul isu salah faham berikutan saranan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan agar sekolah kebangsaan di daerah Kuantan wajib menganjurkan solat berjemaah sebelum pulang.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan yang Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) tidak pernah membuat kenyataan berbentuk “amaran” kepada PPD Kuantan berkenaan isu ini.

Kami kesal yang terbangkitnya komentar yang saling mengelirukan dan kami ingin memohon maaf jika ia telah membawa sebarang kesulitan kepada sesiapa.

Pendapat yang kami berikan tidak bermakna untuk membelakangkan perlakuan akidah. Memang benar yang solat itu tiang agama, salah satu Rukun Islam dan adalah kewajiban ke atas setiap orang Islam untuk mendirikannya.

Meskipun kami akur yang bidang kuasa PPD Kuantan berhak menasihati dan mencadangkan agar sekolah menganjurkan solat jemaah, kami berpendapat yang sekolah kebangsaan adalah sekolah untuk pelbagai kaum dan agama. Dengan itu, aktiviti yang dianjurkan wajar mempertimbangkan persekitaran, agar bersifat terbuka dan inklusif.

Pelaksanaan solat berjemaah mungkin ada cabarannya. Sekolah harus mempertimbangkan praktikaliti serta kesesuaiannya agar ia tidak memberi sebarang keberatan kepada pihak sekolah, guru dan para pelajar.

Para pelajar juga harus diberi kelonggaran jika tidak mampu menuruti solat jemaah tanpa dijadikan isu untuk dihukum atau dijatuhkan air muka. Solat itu wajib dan ia boleh dilakukan di mana sahaja, biarpun di rumah dan bersendirian.

Sekolah yang berdiri di atas nama kebangsaan itu adalah sekolah untuk semua. Ia harus menggambarkan dan memupuk semangat dan alam yang mesra dengan sifat inklusif untuk semua tanpa mengira kaum atau agama.

Noor Azimah Abdul Rahim ialah pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE).

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments