
Selebriti tempatan yang juga seorang mualaf, Daphne Iking, 39, bikin panas di Instagramnya gara-gara gambarnya mendukung anjing.Bersama gambar itu dia juga memuatnaik status, “Ya. Saya seorang muslim. Itu bukan anjing kepunyaan saya tetapi milik seorang kawan.
“Kita boleh memegang dan menyayangi anjing. Cuma perlu cuci selepas memegangnya. Macam kita cuci diri lepas bermain dengan haiwan peliharaan seperti kucing dan hamster.”
Namun, ia segera menjadi viral dan netizen mempersoalkan perbuatan Daphne memegang dan mendukung binatang itu tanpa sebarang keperluan.
Bagaimanapun ramai juga yang menyokong Daphne sebagai mengakui terdapat pelbagai cara untuk membersihkan diri selepas memegang binatang itu dan perbuatan tersebut tidak perlu dikecam.
Bagaimanpun mengambil kira sensitiviti semua, Daphne tampil memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan fotonya tersebut.
“Saya mohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan foto saya memegang seekor anjing yang comel,” katanya.
Ekoran kecaman itu, Daphne mempertahankan dirinya dengan memuat naik satu lagi gambar iaitu sebuku sabun dan papar rakam kenyataan di Instagramnya.
Dia menjelaskan akan membersihkan diri selepas memegang anjing terbabit menggunakan sabun yang ditunjukkan dalam foto pertama.
Dalam foto kenyataan bertulis pula dia panjang lebar menerangkan sebab mendukung anjing berkenaan yang bernama Tootsie.