3 Khan Bollywood elak jumpa PM Israel

3 Khan Bollywood elak jumpa PM Israel

Shah Rukh, Aamir dan Salman Khan bertindak demikian sebagai membantah penganiayaan terhadap rakyat Palestin oleh Israel.

bollywood
Pelakon veteran, Amitabh Bachan memimpin kumpulan pelakon Bollywood mengambil wefie bersama Perdana Menteri Israel, Netanyahu dan isteri pada malam acara gala tersebut.
fmt-ohsem-inside-article1Tiga pelakon Bollywood dipercayai berpakat memboikot pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di India.

Mereka adalah 3 “King Khans of Bollywood”, Shah Rukh Khan, Aamir Khan, dan Salman Khan yang menolak menyertai acara malam gala pelakon Bollywood yang dihadiri Netanyahu dan isterinya sebagai tetamu kehormat.

Pergerakan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) dalam satu kenyataan media menyampaikan rasa bangga terhadap 3 pelakon yang mengambil keputusan tegas dalam hal ini.

Menurut laporan agensi berita tempatan, ketiga-tiga mereka bertindak demikian sebagai membantah penganiayaan terhadap rakyat Palestin oleh Israel.

Manakala Jerusalem Post melaporkan, Netanyahu dan isterinya, Sara Netanyahu, baru-baru ini melawat India untuk program berkaitan “diplomatik, perdagangan, teknologi, pendidikan dan bantuan”.

Pada hari terakhir lawatan mereka, pasangan tersebut dijemput menghadiri malam acara gala, “Bollywood Shalom” mengumpulkan beberapa artis ternama Bollywood seperti Sara Ali Khan dan bekas Ratu Dunia, Aishwarya Rai Bachchan.

“Kami percayakan Bollywood. Dunia ini mencintai Bollywood. Israel mencintai Bollywood. Kami mahu Bollywood di Israel,” petik ucapan Netanyahu pada majlis gala itu.

Tambahnya, “Saya percaya jika kita bergabung, kita akan menghasilkan magis.”

Sebagai balasan, selebriti Bollywood pula dilapor menghargai peluang bertemu dengan Netanyahu.

Walaupun ketiga-tiga Khan tidak memberi sebarang sebab mengapa tidak menyertai majlis gala, tetapi netizen sudah mula memuji tindakan mereka sebagai berani dan bersikap kemanusiaan terhadap hak Palestin.

Sebuah akhbar Turki, Milligazete melapor ia sebagai ekspresi solidariti terhadap rakyat Palestin.

Menurut rangkaian televisyen TeleSUR, lawatan perdana menteri itu ditentang oleh masyarakat Islam di India, khususnya timur India di bandar raya Kolkata.

Ketua pergerakkan BDS di Selatan Asia, Apoorva Gautam mendakwa, minat Israel dalam Bollywood adalah salah satu daripada “anjakan ideologi”.

“Ini adalah satu satu usaha pembaikan imej besar-besaran oleh Israel untuk terus mendapat sokongan dalam jenayah perang terhadap Palestin,” ujar Gautam yang turut melabelkannya sebagai propaganda budaya.

Gautam berkata, selama ini Hollywood digunakan untuk menggambarkan Israel sebagai negara yang demokrasi, tetapi kini ramai selebriti dan pemain industri hiburan Hollywood keluar dari jerat persepsi tersebut.

 

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.