Pastinya melancong merupakan aktiviti yang paling ditunggu-tunggu kerana ia diibaratkan seperti “penawar” kepada segala stres.

Ketika itu pelbagai aktiviti mula dirancang bagi memenuhi percutian tersebut.
Namun dalam setiap percutian yang dirancang, anda perlulah menyemak lokasi percutian tersebut supaya ia selamat untuk anda dan keluarga daripada sebarang ancaman.
Oleh itu, anda disarankan untuk berhati-hati ke negara China khususnya wilayah Wuhan berikutan penyakit “misteri” yang kini menular dalam masyarakat itu.
Secara amnya, kerajaan di negara-negara Asia kini sedang menjalankan pemantauan yang lebih kepada pelancong yang keluar masuk dari China selepas pihak kerajaan China merekodkan 44 kes Severe acute respiratory syndrome (SARS).
Virus ini menimbulkan kerisauan kerana ia mengingatkan pegawai perubatan terhadap penyakit SARS yang pernah menyebabkan ratusan penduduk Asia meninggal dunia 17 tahun yang lalu.
Pada tahun 2003, SARS merebak ke 26 negara dan menyerang 8,000 pesakit dan dilaporkan 750 nyawa terkorban akibat SARS.
SARS yang turut bermula di China, tersebar menerusi jangkitan antara manusia apabila individu yang dijangkiti menyebarkan virus tersebut menerusi batuk dan bersin.
Pihak berkuasa di Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea Selatan, Singapura dan Malaysia telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan kesihatan dan suhu badan lebih ketat di balai ketibaan untuk penerbangan dari Wuhan, China di mana virus ini mula dikesan.
Setakat ini, kerajaan China mengesahkan 11 pesakit kekal dalam keadaan kritikal dengan pesakit mengalami simptom demam serta kesukaran untuk bernafas.
Oleh itu, adalah lebih baik jika anda memakai topeng muka jika membuat lawatan ke negara itu.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]