Adakah makmal saintis di Wuhan menjadi punca tersebarnya Koronavirus?

Adakah makmal saintis di Wuhan menjadi punca tersebarnya Koronavirus?

Menjadi kebimbangan sesetengah pihak Koronavirus tersebar daripada sebuah makmal di Wuhan seperti apa yang berlaku di Beijing pada 2004.

(Gambar Wuhan Virology Institute)

Apabila terjadinya wabak berbahaya datang dari negara China Koronavirus, bermacam-macam yang kita tahu apa yang ada di negara itu khususnya wilayah Wuhan.

Sebelum ini kita didedahkan tentang pasar basah yang menjual binatang-binatang eksotik seperti kelawar, koala dan ular berbisa yang difahamkan punca Koronavirus.

Namun tahukah anda di wilayah itu juga terdapat sebuah makmal yang biologi yang dibina khusus pemerintah China sebagai tempat untuk mereka mengkaji virus berbahaya dunia.

Selepas serangan SARS pada 2003, pemerintah China mahu membina satu makmal kajian sebagai persediaan untuk mereka berdepan sebarang ancaman biologikal pada masa akan datang.

Menurut DailyMail UK, Wuhan National Biosafety Laboratory yang terletak di dalam Wuhan Institute of Virology merupakan satu-satunya makmal yang dibina di China, khusus untuk mengkaji Ebola dan SARS.

Malah ia juga merupakan makmal pertama yang direka memenuhi standard BSL-4, iaitu tahap biohazard tertinggi agar sebarang kajian ke atas patogen berbahaya boleh dilakukan.

(Gambar Wuhan Virology Institute)

Mana-mana makmal BSL-4 perlu dilengkapi dengan “airtight hazmat suit” dan “high grade gloves” dalam ruangan khas untuk mengelakkan sebarang virus tersebar melalui udara.

Sepanjang 2015-2017, makmal ini sebenarnya masih melalui “safety testing” dan hanya saintis yang benar-benar layak sahaja dibenarkan bertugas di makmal tersebut.

Namun pada pembukaan rasminya pada 2017, saintis di negara luar memberi amaran bahawa sejenis virus seperti SARS boleh terlepas dari makmal itu.

Saintis di Amerika Syarikat khuatir, insiden sama boleh berulang seperti apa yang pernah berlaku di sebuah makmal di Beijing pada 2004.

Namun amaran itu tidak diendahkan mereka kerana bagi pihak China, pembukaan makmal tersebut merupakan satu peluang yang boleh meletakkan mereka paling hadapan dalam bidang kajian virus.

Antara perkara lain yang turut menjadi kebimbanhan adalah budaya kerja masyarakat China yang tidak telus.

Bagaimanapun setakat ini, pakar tidak mengesyaki bahawa penyebaran Koronavirus berpunca daripada kajian di makmal itu.

Namun ia tetap menjadi kebimbangan jika makmal itu menjadi punca tersebarnya Koronavirus.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.