
Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, pegawai dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) serta Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) perlu dipanggil untuk memberi keterangan dan penjelasan pada 21 Apr.
Fokus utama prosiding hari ini adalah berkaitan pemberian kontrak pembangunan aplikasi MySejahtera kepada KPISoft Malaysia Sdn Bhd, pemilikan aplikasi itu, komitmen kerajaan untuk melindungi data peribadi pengguna aplikasi itu dan pertikaian kes yang berterusan di mahkamah.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini menghadiri prosiding PAC selama tiga jam bermula 10 pagi tadi untuk memberi keterangan dan penjelasan.
MySejahtera yang diperkenalkan sebagai aplikasi wajib pada Ogos 2020 menjadi tumpuan bulan lalu apabila PAC mempersoalkan pengambilalihannya oleh MySJ Sdn Bhd daripada KPISoft, yang kini dikenali sebagai Entomo Malaysia Sdn Bhd.
Bulan lalu, Wong dilaporkan berkata, isu berkenaan membabitkan keselamatan data peribadi rakyat dan PAC mahu mengelak pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.