Draf perundangan cukai barang bernilai tinggi di peringkat akhir

Draf perundangan cukai barang bernilai tinggi di peringkat akhir

Mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi masih di peringkat simulasi, kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan berkata mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi adalah melalui penggubalan perundangan baharu iaitu RUU Cukai Barangan Bernilai Tinggi yang akan dibentangkan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan sedang dalam proses akhir untuk memuktamadkan dasar dan draf perundangan mengenai Cukai Barangan Bernilai Tinggi yang dijangka dilaksanakan bermula tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan.

Beliau berkata mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi kini masih di peringkat simulasi kerana ia merupakan langkah cukai yang baharu diperkenalkan dan bakal dilaksanakan.

“Mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi adalah melalui penggubalan perundangan baharu iaitu Rang Undang-undang Cukai Barangan Bernilai Tinggi yang akan dibentangkan nanti.

“Dasar perundangan perlu dirangka dan digubal dengan teliti supaya cukai dapat dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi amalan dan prinsip percukaian semasa dan tidak memberi kesan negatif,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan.

Dalam pada itu, Ahmad berkata jumlah wang tidak dituntut yang terkumpul setakat ini sebanyak RM11.9 billion.

Beliau berkata, kerajaan juga akan membentangkan pindaan RUU Wang Tidak Dituntut (WTD) dan orang ramai dinasihatkan untuk menyemak dan mengakses WTD untuk mendapatkan wang masing-masing.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.