Rakan kongsi Trump, ingin bertanding jawatan presiden Indonesia

Rakan kongsi Trump, ingin bertanding jawatan presiden Indonesia

Hary Tanoesoedibjo bersedia mempertimbangkan menjadi calon pada 2019 pada pilihan raya presiden Indonesia demi negara.

hary-tanoesoedibjo
JAKARTA:
Rakan kongsi perniagaan Donald Trump dari Indonesia mengakui berminat mencontohi beliau untuk bertanding bagi jawatan presiden.

Hary Tanoesoedibjo, yang sedang terlibat dengan 2 projek Trump Organization, memberitahu ABC beliau bersedia mempertimbangkan menjadi calon pada 2019 pada pilihan raya presiden Indonesia demi negara.

“Jika tidak ada sesiapa yang saya boleh percayai untuk memperbaiki masalah negara, saya boleh cuba untuk bertanding jawatan presiden,” kata pemilik media dan pemaju hartanah terkemuda yang mempunyai parti politiknya sendiri.

“Kita memerlukan pemimpin dengan integriti yang boleh memberi penyelesaian kepada negara,” kata jutawan berusia 51 tahun itu.

Jika Tanoesoedibjo berjaya, ia bermakna terdapat 2 pemimpin dunia yang menjadi rakan kongsi perniagaan, meningkatkan kebimbangan baru tentang konflik kepentingan berkaitan empayar perniagaan Trump.

Trump, yang secara akan rasmi dilantik sebagai presiden pada 20 Januari berusaha meredakan kebimbangan dengan menegaskan “tiada perjanjian baru” menarik perhatian kepimpinan beliau dan 2 anaknya akan menguruskan syarikat.

Di Indonesia, Tanoesoedibjo menguruskan projek Trump di luar Jakarta dan satu di pulau peranginan Bali, yang masih di peringkat awal.

Projek berhampiran Jakarta adalah pembangunan 700 hektar (1,700 ekar) yang merangkumi sebuah hotel mewah, padang golf, kelab dan villa, menurut laman web Hotel Trump.

Resort Bali akan dibina di atas cenuram menghadap sebuah kuil Hindu terkenal.

Dalam satu temu bual sebelum ini dengan New York Times, Tanoesoedibjo menegaskan beliau tidak percaya projek akan menyebabkan konflik kepentingan bagi Trump.

“Keluarga dan anak-anak beliau mempunyai kebebasan melakukan perniagaan selagi ia telus dan tidak berkaitan kedudukan presiden,” katanya.

Ahli perniagaan, yang mempunyai kepentingan dalam syarikat media MNC Group, berkata beliau mempunyai akses kepada Trump walaupun hubungan seharian beliau kebanyakannya lebih dengan anak-anak Trump.

“Sudah tentu saya mempunyai akses kepadanya, kerana kami bekerjasama, tetapi saya perlu menghadkan kerjasama dan interaksi,” katanya kepada ABC.

Tanoesoedibjo sudah lama bercita-cita menempatkan diri dalam politik. Beliau pernah membuat percubaan tetapi tidak berjaya menjadi calon naib presiden pada pilihan raya 2014 dan kini mempunyai partinya sendiri, Indonesia Bersatu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.