
Ia ekoran tindakannya pada 2010 bertindak menipu pengarah Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA).
Hakim Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa membuktikan tiada keraguan terhadap tindakan Yusof berhubung perisytiharan palsu.
“Setelah mahkamah meneliti keseluruhan keterangan, mahkamah memutuskan pihak pembelaan gagal mengemukakan keraguan terhadap kes dan pendakwaan yang dibuat,” katanya.
Katanya, mahkamah berpuas hati dengan testimoni saksi dan bukti berbentuk komunikasi melalui e-mel dengan JMR Construction Sdn Bhd.
Nordin turut memutuskan Yusof dikenakan hukuman di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan dan perlu membayar wang pembebasan sebanyak RM20,000 sehingga tarikh rayuan akan datang.
Sebelum itu, Yusof yang diwakili peguamnya Cheow Wee, Alex De Silva, Gajendran Balachandaran, dan Elene Keh memohon agar dikenakan hukuman denda sahaja.
Ini memandangkan usianya yang lanjut, 73 tahun dan tahap kesihatan tidak memuaskan.
“Selain usianya yang lanjut, beliau juga mempunyai penyakit kencing manis tahap 2, tahap penglibatan yang tidak baik, dan slip disc,” katanya.
Yusof merupakan rakyat Britain yang memiliki status penduduk tetap dan berkahwin dengan wanita tempatan.
Pada 25 Julai 2013, Yusof mengaku tidak bersalah atas tindakannya menipu pengarah KLRCA hingga mempercayai perisytiharan yang beliau tandatangani bertarikh 18 Januari 2010 adalah benar.
Ia menyebabkan pengarah KLRCA melantiknya sebagai penimbang tara bertauliah bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan JMR Construction dengan syarikat asing, Nanjing Changjiang Waterway Engineering Bureau.
Peranan penimbang tara adalah sama seperti hakim dalam tindakan undang-undang sivil. Pertikaian biasanya melibatkan jutaan ringgit dan berkisar pemberian kontrak bagi kejuruteraan, pembinaan dan kerja mekanikal.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/12/01/chartered-arbitrator-to-enter-defence-for-cheating-klrca/