
Di Johor, 6,345 orang daripada 1,885 keluarga berada di 57 pusat pemindahan setakat jam 10 malam tadi, menurut Bernama.
Ia merupakan 2 kali ganda jumlah mangsa banjir 3 jam sebelumnya.
Di Perak, jumlah mangsa banjir setakat 9.30 malam tadi meningkat kepada lebih 500 orang.
Sebanyak 10 pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Manjung, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Hilir Perak, Larut Matang dan Selama serta Kinta.
Di Selangor, hampir 300 mangsa banjir di pindahkan di Sabak Bernam setakat 9 malam tadi. Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Sri Bernam dan Dewan Parit Baru.
Di Pahang dan Melaka, mangsa banjir kini masing 157 dan 40 orang setakat 9 malam.
Bilangan mangsa banjir di Kelantan pula 128 orang, menurut portal e-banjir.