
Adam berkata walaupun orang Melayu tidak mempengaruhi perubahan besar pada masa itu, kumpulan yang membentuk majoriti di negeri seperti Perak dan Selangor menyumbang kepada kemenangan pembangkang di kedua-dua negeri tersebut pada 2008.
Beliau berkata Melayu akar umbi juga beralih sokongan di kawasan majoriti Melayu seperti Balik Pulau dan Bayan Baru pada tahun itu dengan kedua-dua kawasan itu jatuh ke tangan PKR, selain kerusi yang dimenangi DAP, parti dominan di Pulau Pinang.
“Orang ramai selalu bercakap bagaimana 2008 menjadi tsunami Cina atau India, tetapi bukan hanya itu. 2008 adalah manifestasi bagaimana Melayu akar umbi juga beralih sokongan.
“Tahun 2008 juga menyaksikan Kedah jatuh ke tangan pembangkang. Orang Melayu di sana memutuskan untuk mengundi PAS sebagai kerajaan negeri mereka,” katanya dalam satu forum yang bertajuk “PRU14: Adakah Melayu akar umbi akan beralih sokongan” yang diadakan di Penang Institute malam tadi.
Beliau menambah apa-apa peralihan di peringkat akar umbi Melayu pada PRU14 mungkin lebih besar berbanding PRU13.
Pada 2008, kerajaan kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen, buat kali pertamanya sejak PRU pada 1969. Ia juga kehilangan 4 kerajaan negeri yang belum pernah berlaku sebelum itu.
Ini adalah perubahan dramatik dari PRU 2004, apabila Barisan Nasional (BN) memenangi 90% kerusi Parlimen.
Pada 2013, BN sekali lagi gagal mencapai majoriti 2/3, di mana 7 kerusi Parlimen berkurangan daripada 140 yang dimenangi pada 2008.