Kemelut baru dalam politik Sabah

Kemelut baru dalam politik Sabah

Perkembangan ini berlaku 2 hari selepas Musa Aman kembali berkuasa di Sabah.

KOTA KINABALU:
Kemelut baru menjelma dalam politik Sabah apabila Presiden Warisan Datuk Sri Shafie Apdal mengangkat sumpah malam tadi sebagai ketua menteri, 2 hari selepas Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah selepas mendapat sokongan majoriti para Adun.

Shafie, 61, mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertua Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri 9.15 malam tadi.

Musa mengangkat sumpah ketua enteri pada Khamis selepas memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri, selepas BN mendapat sokongan dari 2 calon STAR, termasuk Presiden Datuk Jeffrey Kitingan.

Shafie kemudian mengumumkan 6 Adun BN bersetuju menyertai gabungannya, menambah kerusi yang dimenangi kepada 35 dari 29.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.