Presiden Iran, PM UK ucap tahniah kepada Dr M

Presiden Iran, PM UK ucap tahniah kepada Dr M

Iran dan United Kingdom berharap untuk meningkatkan hubungan 2 hala dengan Malaysia.

Free Malaysia Today
Gambar AFP
KUALA LUMPUR:
Presiden Iran Dr Hassan Rouhani mengutuskan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.

Dr Hassan berharap hubungan mesra antara Iran dan Malaysia dapat diperluaskan, seperti pada masa lalu, selain meningkatkan kerjasama 2 hala dalam bidang berlainan serta perpaduan umat Islam.

“Saya berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa agar anda diberi kesihatan baik dan kemakmuran serta kebahagiaan, selain kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan tahniah itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain Theresa May menzahirkan ucapan tahniah kepada Dr Mahathir.

Dalam catatan Twitter rasmi Perdana Menteri Britain, beliau berkata: “Tahniah saya kepada Dr Mahathir @chedetofficial atas pelantikannya sebagai perdana nenteri Malaysia.

“Ini adalah keputusan bersejarah dan saya tidak sabar untuk membina hubungan 2 hala yang kukuh,” menurut catatan tersebut.

Dr Mahathir, yang memimpin Pakatan harapan (PH), mengejutkan politik negara apabila berjaya menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara selama 60 tahun.

Pemimpin berusia 92 tahun itu mencipta sejarah apabila dilantik menjadi perdana menteri buat kali ke-2 selepas memegang jawatan itu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 dan juga muncul sebagai perdana menteri tertua di dunia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.