Tokoh perundangan berkumpul di pejabat PM

Tokoh perundangan berkumpul di pejabat PM

Mereka termasuklah Ketua Hakim Negara Raus Sharif, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram dan bekas peguam negara Abdul Gani Patail.

PUTRAJAYA:
Beberapa tokoh perundangan tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana petang ini, untuk satu pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di pejabatnya yang terletak di bangunan tersebut.

Mereka yang dilihat memasuki bangunan itu ialah Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Free Malaysia Today
Media berkumpul di luar Yayasan Kepimpinan Perdana yang menempatkan pejabat Dr Mahathir.

Gani sebahagian daripada pasukan petugas khas untuk menyiasat 1MDB, tetapi dikeluarkan semasa siasatan.

Pasukan petugas baharu kini dibentuk oleh pentadbiran Dr Mahathir untuk menyiasat dana negara yang bermasalah itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.