Drama Melayu kantoi main hentam babak perubatan

Drama Melayu kantoi main hentam babak perubatan

Pengarahnya, Shahrul akui pihaknya tidak minta nasihat atau merujuk sesiapa dari bidang perubatan, menyebabkan kesilapan ketara itu.

Walaupun sekadar drama televisyen, “homework” itu penting dalam memastikan setiap jalan cerita dibawa tidak diseleweng dengan fakta “auta” atau salah.

Baru-baru ini, drama Melayu berjudul Monalisa dikecam penonton selepas salah satu babaknya menunjukkan watak doktor menjelaskan pesakit hilang ingatan dengan hanya merujuk kepada imbasan x-ray.

Free Malaysia Today

Seorang pengguna Twitter menggunakan nama @nuraqidahajeera memuatnaik babak itu dengan menyatakan, “Penat belajar 3 tahun + pengalaman kerja 2 tahun, baru hari ni aku tau yg xray boleh check orang hilang ingatan.”

Tweetnya itu menerima 16,184 retweet dan ratusan komen daripada pengguna lain yang turut mengutuk kegagalan pengarah serta penulis skrip melakukan periksa fakta khususnya babak melibatkan perubatan.

Namun dalam satu laporan balas kepada akhbar Mstar Online, pengarahnya, Shahrul Ezad tampil memohon maaf atas kecuaian dalam pembikinan drama tersebut.

Beliau turut meminta penonton mempertikaikan babak hospital akan datang dalam drama tersebut.

Shahrul akui pihaknya tidak meminta nasihat atau merujuk sesiapa pun dari bidang perubatan justeru menyebabkan kesilapan yang ketara itu.

“Bila saya rujuk kepada pengarah bersama Uchee Fukada, dia mengaku akan kecuaian. Bila tanya dia ada refer mana-mana nasihat tak sebelum shoot? Dia jawab dia ada rujuk kepada penulis skrip. Sekali lagi saya tepuk dahi sebab yang kau tanya penulis skrip itu buat apa? Dia orang bukannya doktor,” katanya petik akhbar itu.

Free Malaysia Today

Drama 80 episod, Monalisa yang ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di saluran Astro Prima adalah adaptasi daripada drama Korea berjudul The Women Room.

Ia dibintangi oleh Zara Zya, Nazim Othman, Mona Allen, Hafreez Adam, Shah Jaszle dan Amyza Aznan arahan Shahrul dan Uchee Fukada.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.