
“Saya merayu Tuanku Raja supaya menghormati perlembagaan sebagai raja berperlembagaan dan Tuanku tak perlu campur tangan tentang pentadbiran sebab pentadbiran akan uruskan.
“Jangan takut, Perlis tak ada bajet dan sebagainya sebab itu urusan menteri besar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno di sini.
Shahidan turut memohon Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar campur tangan dan mengkaji semula kuasa melantik menteri besar.
“Saya merayu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai pakar undang-undang untuk memberi pandangan tentang hal ini sebab dia juga bagi pandangan tentang pelantikan Agung.
“Saya rasa dia boleh bagi pandangan tentang pelantikan (menteri besar) Perlis,” katanya.
Ditanya mengenai tindakan 9 orang Adun Barisan Nasional (BN) Perlis yang tidak menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu sehingga menyebabkan raja murka dengan tindakan mereka, Shahidan menjawab: “Apa itu murka? Anda bagi tahu saya apa itu murka? Apa makna murka? Ini bahasa-bahasa yang diperindahkan demikian rupa.”
“Kalau raja murka itu soalan anda, saya tak faham apa makna murka. Saya ikut perlembagaan dan raja hendaklah melantik,” katanya.
Menurutnya, parti yang bertanding pilihan raya sahaja berhak menentukan siapa pemimpin mereka.
“Kita bertungkus lumus. Saya menggadai jiwa dan raga untuk pilihan raya. Tak kiralah negari lain kalah tapi saya menang 2/3 majoriti,” katanya.
Terdahulu, Tuanku Syed Sirajuddin membidas tindakan Adun BN tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar hari ini.
Majlis angkat sumpah Azlan sebagai MB berlaku lebih 2 minggu selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.
Perlis merupakan salah satu daripada 2 negeri di Semenanjung dimenangi BN.