
Sempena Piala Dunia 2018 di Rusia, bermacam-macam berita yang berlegar di sekitarnya. Salah satunya adalah haiwan psikik yang meneka menang atau kalah perlawanan secara tepat.
Bermula dengan sotong kurita, Paul the Octopus yang membuat ramalan paling sahih untuk setiap perlawanan bola sepak pada Piala Dunia 2010 sehingga yang terbaru beberapa haiwan dikenal pasti beberapa negara untuk membuat ramalan keputusan perlawanan.
Bagaimanapun, seekor kucing yang terkenal di China kerana kebolehannya meramal keputusan Piala Dunia dikatakan mati akibat komplikasi jantung pada Isnin lalu.
Berita itu membuatkan ribuan pengikut dan peminat kucing yang bernama Baidianr itu dalam kesedihan.
Kucing jalanan yang dinamakan sedemikian sempena tompok putih di bawah hidungnya dan meramalkan dengan tepat 7 daripada 10 perlawanan Piala Dunia.
Baidianr ditempatkan di pintu masuk barat Kota Terlarang di pusat bandar Beijing di mana ia diberi makan oleh kakitangan kompleks istana.

Ia membuat “ramalan” dengan memilih antara 2 mangkuk makanan kucing yang dibezakan dengan bendera negara pasukan yang bersaing.
Ia menjadi popular selepas berjaya meramal selepas mendapat 6 ramalan berturut-turut termasuk Croatia menewaskan Argentina, dan kemenangan akhir Argentina ke atas Nigeria.
“Kami minta maaf, kami terpaksa membiarkannya pergi,” kata kakitangan Muzium Istana dalam Weibo pada hari Isnin.
Baidianr yang dipercayai berusia sekitar 7 atau 8 tahun mati di klinik veterinar tempatan akibat darah beku ekoran kecacatan jantung kongenital.
Staf Muzium Istana menubuhkan akaun microblog dalam Weibo untuk memastikan peminat dikemas kini dengan kesihatan kucing popular selepas ia jatuh sakit pada minggu lepas.
Selain Baidianr di bawah adalah antara haiwan yang turut meneka dengan tepat kebanyakan keputusan perlawanan:
1. Achilles dari St Petersburg: Kucing pekak yang menjadi kucing psikik rasmi namun tersilap meneka perlawanan Nigeria-Argentina
2. Marcus dari Derbyshire: Seekor babi yang juga tersalah pilih Argentina.
3. Newton dari Paris: Burung nuri ini meneka dengan tepat semua perlawanan.
4. Rabiot dari Hokkaido: Satu lagi sotong kurita yang tamat perkhidmatannya selepas Jepun gagal.
5. Shaheen dari Dubai: Seekor unta yang juga memberi ramalan Piala Dunia. Kemampuannya dikesan pada 2014.