Zeti dilantik pengerusi Sime Darby Property

Zeti dilantik pengerusi Sime Darby Property

Bekas gabenor Bank Negara itu menggantikan Abdul Wahid Omar yang bersara 30 Jun lalu.

Free Malaysia Today
Zeti Akhtar Aziz juga adalah pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd.
KUALA LUMPUR:
Sime Darby Property Bhd melantik bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi barunya berkuat kuasa hari ini.

Zeti yang kini memegang jawatan pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara 30 Jun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Amrin Awaluddin dalam satu kenyataan menyebut kehadiran Zeti memperkukuh komitmen PNB ke atas bekas gabenor itu serta perjalanan transformasinya.

“Kami berharap dapat bekerja di bawah kepimpinan Zeti dalam memajukan syarikat pada masa depan dan merealisasikan nilai kepada pihak berkepentingan,” katanya.

Syarikat itu turut melantik Datin Norazah Mohamed Razali sebagai pengerusi baru jawatankuasa pencalonan dan pengiraan, menggantikan Datuk Rohana Mahmood yang meletak jawatan 30 Jun lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.