
Bukan semua orang yang berbadan besar diklasifikasi sebagai obes dalam bahasa sains perubatan, sebaliknya, makna sebenar obesiti ialah keadaan di mana diet pemakanan tidak seimbang sehingga menyebabkan lemak yang tinggi dalam tubuh.
Memetik kenyataan pakar nutrisi Profesor Hardinsyah kepada CNN Health, bukan semua orang yang besar gemuk, malah obesiti katanya, disebabkan oleh lemak yang berlebihan dan bukannya kerana binaan otot pada tubuh.
Beliau berkata, masalah berkaitan obesiti terjadi kerana faktor gaya hidup tidak sihat seperti makanan berlebihan dan tidak diseimbangkan dengan aktiviti fizikal yang mencukupi.
Pengarah Pemakanan Komuniti di Kementerian Kesihatan, Doddy Izwardy pula menyifatkan kegagalan manusia mengawal nafsu makan dan ketiadaan kesedaran terhadap diet meningkatkan fenomena obesiti.
Ini diikuti pula dengan masalah seperti tahap tekanan dan kekurangan tidur juga boleh menjadi faktor utama obesiti.
“Paten tidur yang yang buruk boleh mengaktifkan hormon ghrelin sekaligus meningkatkan selera makan dan menyebabkan seseorang makan dengan banyak,” jelas beliau lagi.
Oleh itu, beliau menasihatkan agar kita sentiasa menjaga penggambilan makanan dan berat badan dengan mengambil indeks jisim badan (BMI) yang diperolehi dari berat (kg) dibahagikan dengan ketinggian kuasa dua (m).
Hasilnya, jika lebih daripada 25 hingga 27 dikelaskan sebagai berat badan berlebihan. Jika lebih daripada 27-30 jatuh ke dalam kategori tahap I obesiti, 30-34 tahap obesiti II, dan lebih daripada 34 tahap obesiti atau obesiti yang parah.
Ukuran obesiti pusat atau mengukur lilit pinggang di mana lebih daripada 80 cm bagi wanita dan lebih daripada 90 cm bagi lelaki dikelaskan sebagai obes.
Cara paling praktis mengukur obesiti adalah menggunakan peralatan dikenali penganalisis komposit badan yang akan mengira lemak dalam badan mengklasifikasikannya dalam obesiti.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]