Kota Bharu guna skuad motosikal roda 3 pungut sampah di jalan sempit, kampung

Kota Bharu guna skuad motosikal roda 3 pungut sampah di jalan sempit, kampung

Selain memungut sampah di jalan sempit, skuad motosikal roda 3 MBKB juga melakukan tugas kemasan di jalan utama.

MBKB kini mempunyai 7 buat motosikal roda 3 yang bertugas memungut sampah dari jam 8 pagi hingga 4 petang di jajahan itu. (Gambar Facebook)
KOTA BHARU:
Majis Bandaraya Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) memulakan usaha kreatif bagi memungut sampah di kawasan pinggir bandar yang tidak mempunyai jalan yang cukup lebar untuk dimasuki lori sampah dengan menyediakan skuad bermotosikal roda 3 atau “coley”.

Ketua penolong pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Bahagian Kebersihan dan Lojistik MPKB-BRI, Mohd Hafeez Abdul Samad berkata, sehingga kini pihaknya mempunyai 7 buat motosikal roda 3 yang bertugas memungut sampah dari jam 8 pagi hingga 4 petang di jajahan Kota Bharu yang berkeluasan 215 kilometer persegi dengan penduduk dianggarkan 400,000 orang.

Beliau berkata, selain melalui kawasan taman perumahan dan jalan kampung yang sempit mengikut masa yang ditetapkan, perkhidmatan coley turut digunakan di jalan utama, terutama untuk tujuan kerja kemasan seperti memungut sampah yang tercicir dari lori sampah.

“Sampah yang dipungut oleh coley akan dimasukan ke dalam tong sampah besar yang disediakan di tempat strategik.

“Kita sedar masih banyak tempat tidak disediakan dengan tong sampah besar seperti di kawasan kampung pinggir bandar dan berkepadatan penduduk yang tinggi menyebabkan orang ramai membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengendalikan antara 220 hingga 250 tan sampah sehari yang kebanyakannya adalah sampah organik dan domestik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.