
PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan mengesan 20 kluster baharu Covid-19, dengan 10 daripadanya berkaitan tempat kerja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan lagi kluster komuniti dan baki satu membabitkan kumpulan berisiko tinggi.
Katanya, kluster itu dikesan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Pahang.
Perincian kluster seperti berikut:
- Kluster Industri Jalan Teknologi Sembilan Tangkak (Tangkak) dengan 10 kes.
- Kluster Tapak Bina Jalan Exora Plentong (Johor Bahru) dengan 70 kes.
- Kluster Jalan Jemaluang (Kota Tinggi) dengan 20 kes.
- Kluster Jalan Segamat 43 Tangkak (Tangkak) dengan 9 kes.
- Kluster Industri Jalan Waja Enam Belas 2 (Kuala Langat dan Klang) dengan 52 kes.
- Kluster Industri Dua Jalan Kasawari (Kuala Langat) dengan 48 kes.
- Kluster Tapak Bina Jalan Gapam (Jasin) dengan 83 kes.
- Kluster Jalan DSH Mohd Zin (Melaka Tengah) dengan 32 kes.
- Kluster Haidah (Bintulu) dengan 92 kes.
- Kluster Sawit Bukit Sagu (Kuantan) dengan 55 kes.
- Kluster Taman Perindustrian Sinaran 2 (Kluang) dengan 59 kes.
- Kluster Jalan Gunung Ledang Tangkak (Tangkak) dengan 8 kes.
- Kluster Lorong Depan Masjid Kok Lanas (Kota Bharu) dengan 11 kes.
- Kluster Jalan Hospital Padang Bongor (Kota Bharu) dengan 10 kes.
- Kluster Sungai Sampo (Jempol) dengan 28 kes.
- Kluster Kampung Paya Besar Kertau 2 (Maran) dengan 23 kes.
- Kluster Kampung Sungai Mai (Jerantut) dengan 6 kes.
- Kluster Sungai Merusa (Subis dan Miri) dengan 44 kes.
- Kluster Kanawa Baram (Marudi) dengan 29 kes.
- Kluster Persiaran Kempas Baru 2 (Johor Bahru) dengan 24 kes.
Hisham berkata, sebanyak 5,389 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,250 daripadanya kluster aktif dan 4,139 kluster lagi sudah tamat.