13,104 kes Covid-19 berbanding 20,971 pesakit pulih

13,104 kes Covid-19 berbanding 20,971 pesakit pulih

Sarawak mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 2,943 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 13,104 kes baharu Covid-19 dan 20,971 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 2,198,235 kes setakat ini, dengan 1,989,512 daripadanya kes sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 1,058 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi, dengan 850 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 208 kes masih dalam siasatan.

Katanya, 580 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 365 daripadanya positif Covid-19 dan baki 215 orang disyaki dijangkiti virus itu.

Beliau berkata, 201 kes atau 1.5% adalah Kategori 3 hingga 5, manakala 12,903 kes atau 98.5% lagi dalam Kategori 1 dan 2.

Sarawak terus mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 2,943 kes.

Ia diikuti Selangor dengan 1,558 kes, Johor (1,455), Kelantan (1,206), Sabah (1,078), Perak (994), Pulau Pinang (955), Kedah (721), Terengganu (685), Pahang (604), Melaka (362), Kuala Lumpur (270), Negeri Sembilan (165), Perlis (80), Putrajaya (24) dan Labuan (4).

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan ialah kes import dan baki 13,096 kes penularan tempatan yang membabitkan 11,892 warganegara serta 1,204 warga asing.

Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara ialah 0.91 setakat semalam.

Pahang dan Putrajaya mencatatkan R-nought tertinggi pada 1.02, disusuli Terengganu (0.98), Perak (0.97), Kelantan (0.97), Sarawak (0.96), Johor (0.95), Perlis (0.93), Melaka (0.89), Negeri Sembilan (0.89), Selangor (0.89), Pulau Pinang (0.88), Sabah (0.86), Kedah (0.85) dan Kuala Lumpur (0.84).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.