Bot penambang: Cebisan sejarah Sungai Sarawak setia menanti penumpang

Bot penambang: Cebisan sejarah Sungai Sarawak setia menanti penumpang

Sudah lebih 40 tahun bot Ahmad Junaidi, 57, merentasi Sungai Sarawak membawa penduduk dari seberang pusat bandar Kuching mendapatkan barang keperluan dan bekerja.

Sudah lebih 40 tahun bot Ahmad Junaidi, 57, merentasi Sungai Sarawak membawa penduduk dari seberang pusat bandar Kuching mendapatkan barang keperluan dan bekerja.

Ahmad mengambil masa lebih kurang tiga minit untuk membawa maksimum 10 penumpang menyeberang sungai tenang seluas kira-kira 300 meter itu, dengan bot satu enjin yang dikerjakannya dari 6 pagi hingga 7 petang, tujuh hari seminggu selagi tubuh boleh digagah.

Bagi penonton di Lembah Klang, luas Sungai Sarawak ini umpama seganda Sungai Klang. Ahmad memahami ragam sungai yang gah ini kerana sudah bertahun-tahun beliau membawa penduduk dan pelancong ulang-alik dari Kampung Sungai Bedil Besar ke Jeti Pengkalan Ceko, berhampiran Kuching Waterfront.

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Jambatan Darul Hana melatari perjalanan penumpang Ahmad, yang menggunakan khidmatnya sebagai alternatif kepada jalan darat. Lagipun, tambangnya hanya RM1.

Ahmad akui pengusaha bot penambang dalam dilema ekoran permintaan semakin merosot, di sebalik pembangunan pesat kota Kuching. Tinjauan kru FMT mendapati suasana Jeti Pengkalan Ceko agak suram. Ahmad benar-benar berharap perkhidmatan unik ini tak pupus ditelan arus pemodenan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.