
PETALING JAYA: Bekalan air di semua 42 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual di wilayah Klang dan Petaling telah pulih sepenuhnya pada 6 pagi ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata pihaknya berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
Gangguan air itu berikutan kerosakan sistem elektrikal di Rumah Pam Jelutong U8, Shah Alam, semalam.
Air Selangor berkata, status bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi medium komunikasi rasminya, iaitu aplikasi Air Selangor, media sosial dan laman sesawang.