18 kanak-kanak, 2 bayi antara 385 pelancong terkandas di P Perhentian, sejak Jumaat

18 kanak-kanak, 2 bayi antara 385 pelancong terkandas di P Perhentian, sejak Jumaat

Laut bergelora dan angin kencang menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.

Antara video keadaan ribut yang melanda Pulau Perhentian yang dirakam dan dikongsikan pengguna Facebook.
PETALING JAYA:
Seramai 18 kanak-kanak dan dua bayi antara 385 pelancong terkandas di Pulau Perhentian, di Kuala Besut, Terengganu, sejak Jumaat lalu akibat cuaca buruk.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah, berkata keadaan laut bergelora dan angin kencang menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.

“Pelancong-pelancong tersebut menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian. Mereka terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar Terengganu. Alhamdulillah keadaan mereka semuanya selamat dan baik,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau berkata, sekiranya mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia, pelancong terbabit berkemungkinan besar akan dibawa pulang esok memandangkan cuaca di Pulau Perhentian beransur baik, hari ini.

“Kita amat bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau keadaan kekal begini, kemungkinan besar esok mereka boleh pulang sekiranya Jabatan Laut Malaysia memberi lampu hijau.

“Jika keadaan memaksa, mungkin kita akan minta kapal-kapal besar daripada maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) ataupun daripada polis marin untuk membawa pelancong keluar dari pulau ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.