Lelaki Pakistan hilang ditemukan lemas

Lelaki Pakistan hilang ditemukan lemas

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Bahar Ali, 23, dijumpai pada jarak kira-kira 150 meter dari lokasi lelaki itu mandi sebelum dilaporkan lemas.

Lelaki Pakistan, Bahar Ali, 23, dilaporkan hilang ketika mandi di Empangan Semenyih dua hari lalu, sebelum ditemukan lemas pagi tadi. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki Pakistan ditemukan lemas pagi tadi selepas hilang ketika mandi di Empangan Semenyih, Kajang, dua hari lalu.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Bahar Ali, 23, dijumpai pada jarak kira-kira 150 meter dari lokasi lelaki itu mandi sebelum dilaporkan lemas.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung penemuan itu pada jam 8.55 pagi.

“Anggota bomba berjaya membawa naik mayat mangsa ke tebing pada pukul 10.25 pagi, sebelum ia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau turut berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada jam 5.40 petang Isnin lalu.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dihantar ke lokasi bagi operasi mencari serta menyelamat mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.