Majlis Peguam adakan EGM berkait campur tangan kehakiman 27 Mei

Majlis Peguam adakan EGM berkait campur tangan kehakiman 27 Mei

Badan itu juga mengalu-alukan usul lain secara bertulis untuk dipertimbangkan pada EGM berkenaan.

Sekurang-kurangnya 500 ahli Majlis Peguam wajib hadir pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) itu.
PETALING JAYA:
Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam untuk mengundi usul berkait dakwaan campur tangan dan ugutan terhadap badan kehakiman akan diadakan pada 27 Mei.

Pekeliling disiarkan dalam laman webnya menyatakan, sekurang-kurangnya 500 ahlinya wajib hadir di Wisma MCA, Kuala Lumpur untuk EGM itu dalam tempoh sejam bermula 3 petang atau mesyuarat akan dibatalkan.

Usul lain yang dipertimbangkan berhubung kesan tidak menggunakan tribunal untuk membincangkan isu berkaitan hakim.

Majlis Peguam juga mengalu-alukan ahlinya menghantar usul lain secara bertulis untuk dipertimbangkan di EGM, pada 21 Mei. Usul itu perlu dihantar ke [email protected].

EGM itu adalah susulan daripada petisyen dibuat enam bekas presiden Majlis Peguam mendesak kepimpinan melaksanakan “berjuang untuk keadilan”, dalam menyuarakan bantahan berhubung dakwaan “ugutan” terhadap badan kehakiman.

Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, agensi itu membuka kertas siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Mohd Ghazali, terhadap dakwaan sejumlah wang tidak dapat dijelaskan. Hakim itu menyabitkan kesalahan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, membabitkan kes RM42 juta SRC International.

Blogger dalam buruan, Raja Petra Kamarudin, yang menerbitkan artikel berhubung siasatan itu, juga mengaitkan wang berkenaan dengan Low Taek Jho atau Jho Low, ahli perniagaan yang dikatakan menjadi dalang skandal 1MDB.

Nazlan membuat laporan polis berhubung artikel berita mendakwa beliau disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.