KJ nasihat mahasiswa jangan diam jika kebuluran

KJ nasihat mahasiswa jangan diam jika kebuluran

Mahasiswa perlu meminta bantuan jika menghadapi masalah kewangan sehingga kebuluran termasuk kepada pihak universiti

KJ1

KUALA LUMPUR:
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui sedih dengan kejadian siswa universiti yang dikatakan tidak cukup wang hingga kebuluran.

Menurutnya, siswa-siswi yang tidak mempunyai wang tidak seharusnya berdiam diri sebaliknya perlu mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak, termasuk universiti itu sendiri.

“Kalau ada yang susah tidak cukup duit, saya yakin kementerian, universiti akan bantu. Mungkin kes ini, dia (pelajar berkenaan) tidak beritahu sesiapa.

“Kalau betul ini terjadi, saya sedih kenapa mereka tidak cakap apa-apa kepada sesiapa,” ujarnya dalam sidang media di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Katanya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO juga bersedia untuk membantu sekiranya mengetahui perkara itu lebih awal lagi.

“Sedangkan gelandangan di Kuala Lumpur pun kita bagi makanan percuma,” ujarnya lagi.

Sebelum itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berjanji akan membela nasib siswa-siswi yang mempunyai masalah kewangan hingga menyebabkan mereka kelaparan.

Pada masa sama, Idris juga telah mengeluarkan arahan kepada pihak pentadbiran universiti termasuk Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) mengenal pasti setiap pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan melaporkan segera kepada beliau dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.