BH Online hari ini melaporkan, Syamira sebagai berkata, bahawa doktor memaklumkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang kritikal.
Syamira bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lain mengenai Azmil kerana ketika dihubungi dia sedang dalam perjalanan ke hospital.
Penjelasan Syamira itu mengesahkan penyebaran status Facebook bapa saudaranya, Aziph yang juga adik Azmil mengenai keadaan kesihatan bintang filem popular itu.
BH Online turut melaporkan hari ini, netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook Aziph yang mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung.
Aziph mendakwa ketika ini, abangnya masih tidak stabil.
“Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada.
Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung. “Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya,” katanya dalam status itu.
Ketika zaman kegemilangannya. Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih.
