Bagaimanapun, beliau percaya pandangannya dan pandangan umum mengenai kes berkenaan pasti berbeza.
“Tiada apa yang saya hendak ulas lagi kerana mengikut proses undang-undang negara kita, kalau Peguam Negara buat keputusan bahawa tiada kes dalam sesuatu hal yang dibawa kepada pertimbangannya, maka tiada kes.
“Daripada aspek undang-undang memang tiada kesalahan. Tetapi daripada pandangan umum, sebaliknya,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh atau Ku Li menyatakan, isu dana politik perlu dilihat secara serius bagi menjawab segala pertuduhan yang timbul.
“Isu dana politik perlu dilihat secara serius untuk menjawab segala pertubuhan yang timbul,” katanya.
