Adik Najib puji Rafidah

Adik Najib puji Rafidah

Rafidah sering menyuarakan kebimbangannya berkenaan reputasi antarabangsa Malaysia dan cara kerajaan menyelesaikan masalah.

Rafidah-Aziz
PETALING JAYA: Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak memuji bekas menteri kabinet , Tan Sri Rafidah Aziz yang secara terbuka menyuarakan pandangan dan teguran mengenai urus tadbir dan ketelusan.

Nazir yang memuatnaik sekeping gambar lama hitam putih di Instagram miliknya menunjukkan arwah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein bersalaman dengan Rafidah ketika muda.

“Adakah beliau tahu beliau akan memimpin Wanita (UMNO), menjadi menteri perdagangan paling lama berkhidmat dan yang terbaik di rantau ini.

“Dan kemudian selepas bersara, muncul sebagai suara hati kerajaan dan penyokong kuat kesederhanaan, ketelusan dan tadbir urus yang baik?” tulisnya di posting berkenaan.

Rafidah pernah menggalas tugas sebagai Ketua Wanita UMNO, selain dilantik sebagai senator pada usia 30 tahun dan pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi pada pemerintahan Perdana Menteri ketiga, Tun Razak.

Rafidah sebelum ini secara terbuka telah menyuarakan kebimbangannya berhubung reputasi antarabangsa Malaysia dan cara Kerajaan Persekutuan menyelesaikan masalah dan isu-isu semasa berikutan berita mengenai kontroversi syarikat milik kerajaan dan berkaitan kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.