Beliau membuat pengumuman itu menerusi sidang media di Wisma Darul Aman yang sedang berlangsung sekarang.
“Saya dimaklumkan saya dah kehilangan sokongan ADUN Kedah setelah pertemuan dengan Jemaah Istana.
“Saya melepaskan jawatan saya sebagai MB mulai hari ini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada pentadbiran negeri Kedah sewaktu saya mentadbir,” katanya.
Dengan pengumuman itu, maka selesailah konflik yang melanda Kedah sejak dua minggu lalu.
Sementara itu, pengumuman bagi pelantikan Menteri Besar baharu akan diadakan hari ini jam 11 pagi dan dipercayai Datuk Seri Ahmad Md Hanipah akan menyandang jawatan tersebut.
Berita lanjut menyusul…
https://www.facebook.com/video.php?v=1021197631301239
