Menurut laporan blog pro-UMNO, MYKMU.net, perkongsian yang dibuat dalam laman sosial Facebooknya itu dipercayai dilakukan sebagai memberi sokongan moral kepada bapanya yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah pada hari ini.
“Kaki “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my one and only abah and yes I’m proud of him. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam bukan islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.Siapa tahu video “tidur” yang sangat popular tu semata2 nak burukkan abah,” Azira memulakan pesanannya itu.
Ringkasnya, Azira menyampaikan kekesalan terhadap ‘keyboard warrior’ dan mereka yang tidak putus-putus menyerang status akademik serta menyumpah Ahmad Bashah serta keluarga beliau ekoran kemelut politik yang dihadapi UMNO Kedah, khususnya melibatkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
“Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20an lagi. Dia mula dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That’s the fact. Mana ada istilah pakai cable/bapak macam orang sekarang. Tidak disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus. Tapi, apa guna belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share status dalam facebook dapat deal dari Dato’ A, Dato’ B, dapat peluang kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri.
“Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets dan post pencapaian dekat facebook. Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan PAS tak ada orang yang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab tu ? Kan ?” antara petikan yang ditulis dalam perkongsian itu.
Azira, mewakilli ahli keluarganya meminta maaf dan memaafkan semua orang yang memaki, mencaci, memfitnah bapanya kerana menurutnya, mereka tidak mengenai hati nurani sebenar bapanya.
“Berdoalah anda para keyboard warriors sekalian sebab kalau sumpah seranah bukan Allah dengar pun. Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Rezeki, ajal, jodoh Allah yang tentukan. What’s yours will always be yours, what’s not yours will never be yours. No matter how hard you fight for it. Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh),” ujarnya lagi.
