Wacana ilmu antara Mufti Perlis dan Presiden ASWAJA

Wacana ilmu antara Mufti Perlis dan Presiden ASWAJA

Shahidan dakwa Asri dan Zamihan bersetuju untuk menyertai wacana ilmu mengenai aliran pemikiran agama Islam.

aswaja
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan satu wacana ilmu diadakan antara Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin dengan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mat Zin al-Ghari.

Shahidan menerusi Facebook, hari ini, berkata kerajaan bersetuju supaya wacana ilmu itu diadakan, di mana Asri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi ahli panelnya.

Shahidan turut mendakwa, Zamihan sudah bersetuju untuk menyertai wacana itu dalam Facebooknya dan menyarankan stesen televisyen Al Hijrah atau Astro Awani menjadi moderator.

“Pegawai-pegawai saya akan menghubungi Ustaz Zamihan pada esok hari. Maka saya jemput Ustaz Zamihan sebagai lelaki mulia Presiden ASWAJA untuk menerimanya.

“Jangan hina saya berlebihan. Lelaki yang mulia mesti bersemuka,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.