PAS akui ada hubungan baik dengan Ikhwan Muslimin

PAS akui ada hubungan baik dengan Ikhwan Muslimin

Perdana Menteri sebelum ini mendedahkan derma RM2.6 bilion digunakan untuk melawan pengaruh Ikhwan Muslimin.

Datuk-Dr-Mohd-Khairuddin-Aman-Razali-at-Takiri-ikhwan-muslimin

PETALING JAYA:
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, berkata partinya dan Ikhwan Muslimin berkongsi idea perjuangan secara damai dan melalui saluran pilihan raya sebagai wasilah (cara pendekatan) berpolitik.

“PAS berkongsi idea dakwah yang sama, iaitu PAS sebagai gerakan dakwah yang memperjuangkan kuasa DNA politik Islam. PAS sejak dulu mempunyai hubungan baik dengan semua gerakan Islam di dunia termasuk Ikhwan Muslimin,” katanya.

Sebelum ini, Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan derma RM2.6 bilion yang disalurkan kepada beliau digunakan untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, dan melawan pengaruh Ikhwan Muslimin yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pembangkang.

Ketika ditanya samada PAS menerima alasan Najib berkenaan RM2.6 bilion digunakan untuk melawan Ikhwan – dan secara tidak langsung PAS – Khairuddin berkata “tidak” kerana ia tidak disertakan dengan bukti yang kukuh.

Menjawab isu yang sama, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi berkata, pemulangan lebihan derma RM2.6 bilion itu menunjukkan tiada ancaman seperti yang diuar-uarkan.

“Tindakan Najib memulangkan kembali wang derma membuktikan Malaysia tiada ancaman samada dari Ikhwan Muslimin atau pengganas,” jawabnya ringkas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.