Kedudukan Undang atas politik – Undang Rembau

Kedudukan Undang atas politik – Undang Rembau

Pembesar Memerintah di Negeri Sembilan selaku Raja-Raja tidak mencampuri politik seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

sariptanah

REMBAU:
Pembesar Memerintah di Negeri Sembilan, Datuk Muhamad Sharip Othman menegaskan kedudukan Undang Yang Empat adalah mengatasi politik.

Katanya, beliau selaku Undang Rembau tidak campur perkara berkaitan politik seperti yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak campur hal politik kerana Undang adalah di atas politik,” katanya ringkas ketika ditemui FMT dalam wawancara eksklusif di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Undang Muhamad Sharip berkata, masyarakat tidak seharusnya bergaduh hanya disebabkan perbezaan politik.

Katanya, pertelingkahan sedemikian hanya merugikan dan menyifatkan kerajaan semasa menjalankan peranannya dengan baik.

“Saya perhatikan bahawa kerajaan yang memerintah sekarang, sejak sebelum merdeka lagi tidak ada saya jumpa masalah yang besar

“Cuma masa dahulu kita rasa komunis itu macam mana, Jepun itu macam mana, Inggeris dahulu macam mana. Kerajaan yang memerintah sekarang ini baik.

“Kita usahalah sendiri, siapa mahu berniaga, berniagalah. Budak-budak pun kita suruhlah dia belajar betul-betul. Yang itulah diusahakan untuk kemajuan. Kerajaan kita tidak biar. Berjuta-juta belanja. Kerajaan, saya tengok mempertahankan hak kita,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.