Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya mengemukakan beberapa cadangan termasuk mengadakan penampan antara dinding eskelator dan tangga besi.
“Dengan ciri keselamatan tambahan, kemungkinan kejadian kemalangan dapat dielak,” katanya, lapor BERNAMA, selepas melawat Dzil Mikhail Nasaruddin, 4, yang hancur di bahagian pergelangan kaki kirinya selepas tersepit pada eskalator di KL Sentral Isnin lalu.
Dzil Mikhail kehilangan setengah bahagian kakinya dan tidak dapat disambung semula dan kini dirawat di Wad Kanak-Kanak, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
Rohani kini menunggu laporan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang sedang menyiasat kes berkenaan. Pihaknya juga akan memberi bantuan termasuk sesi kaunseling kepada Dzil Mikhail dan ibu bapanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Rohani mahu pihak pengurusan pusat beli-belah melakukan pemeriksaan lebih kerap ke atas eskalator bagi memastikan ia sentiasa selamat digunakan, dan menyediakan notis peringatan keselamatan untuk pengguna.
Sementara itu Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata Dzil Mikhail akan menjalani cantuman kulit selepas lukanya sembuh.
“Selepas rawatan tersebut, kanak-kanak itu akan turut menjalani sesi rehabilisasi dan fisioterapi untuk rawatan susulan,” katanya.
Beliau berkata rawatan berkenaan akan bersifat jangka panjang sehingga Dzil Mikhail boleh berjalan dengan stabil walaupun bakal terdapat kekurangan pada kakinya.
Tags bahasa, Rohani Abdul Karim, Dzil Mikhail Nasaruddin, Zaininah Mohd Zain, eskalator, putus kaki
