
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus, berkata dalam kejadian pada 6.10 pagi itu, Abdul Rahman Osman, 52, maut di tempat kejadian.
Enam penumpang, lima daripadanya pelajar sekolah rendah berumur antara 11 dan 12 tahun serta seorang ibu pelajar, mengalami kecederaan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
“Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai terkena serangan jantung ketika memandu menyebabkan bas sekolah berkenaan memasuki laluan bertentangan lalu terbabas ke dalam parit,” kata Fadil.
Menurutnya, semasa kejadian, bas berkenaan membawa pelajar ke Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Jawa dari Batu 4 di sini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-BERNAMA