Sultan Sharafuddin pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240

Sultan Sharafuddin pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240

Mesyuarat itu dilangsungkan di Istana Negara dan dihadiri semua Raja-raja Melayu kecuali Sultan Pahang yang diwakili Tengku Mahkota.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240

KUALA LUMPUR:
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-240 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat sehari itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang yang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dalam mesyuarat yang bermula pukul 11.30 pagi itu, semua Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing.

Kesemua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hadir ke mesyuarat berkenaan dengan diiringi ketua menteri masing-masing.

-BERNAMA

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.