TMJ beli kipas ‘pink’ untuk Dr Vida

TMJ beli kipas ‘pink’ untuk Dr Vida

Selain daripada itu, TMJ membeli cenderamata seekor seladang, gajah dan kucing untuk pasukan pesaing JDT.

vida
PETALING JAYA :
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim membeli cenderamata semasa berada di Sepanyol untuk pasukan pesaing Johor Darul Takzim (JDT).

Menariknya, TMJ membeli sebuah kipas berwarna merah jambu untuk pasukan Kelantan yang ditaja oleh Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hazmiza Othman atau Dr Vida.

“Saya tak tahu benda nak beli untuk pasukan Kelantan. Buat masa ini saya dapat jumpa ini (kipas berwarna merah jambu) sahaja. Saya rasa anda pun tahu untuk siapa ini,” katanya sambil membuat aksi yang menjadi trademark Dr Vida.

Rakaman video TMJ itu dimuatnaik menerusi facebook Brotherhood JOHOR.

Pemilik kelab JDT itu turut membeli tiga cenderamata yang lain iaitu seekor seladang untuk pasukan Perak, seekor gajah untuk pasukan Pahang dan seekor Kucing untuk pasukan Sarawak.

“Saya ada kucing untuk penyokong Sarawak. Saya tak dapat jumpa buaya, jadi saya dapat jumpa kucing untuk melambangkan Kuching di Sarawak,” katanya.

Selain daripada membeli cenderamata untuk pasukan pesaingnya, TMJ turut membeli dua keping poskad untuk peminat bola sepak pasukan JDT dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Katanya, beliau akan menghantar cenderamata dan poskad tersebut sebaik sahaja pulang ke Malaysia.

LINK VIDEO: TMJ beli kipas ‘pink’ untuk Dr Vida

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.