sebagai Perdana Menteri.
Beliau melahirkan rasa terkejut apabila mendapati namanya tersenarai antara mereka yang menandatangani deklarasi tersebut, yang disiarkan media.
“Untuk mengatakan saya berpihak kepada mereka yang menandatangani deklarasi itu dan akan berarak menentang kerajaan, saya menafikan sekeras-kerasnya…saya tidak terlibat,” katanya di sini.
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia itu ditemui di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sedang mendapatkan rawatan akibat pendarahan dalam perut sejak Isnin lepas.
Mohd Zaman Khan, 73, berkata beliau tidak tahu menahu langsung bahawa namanya tersenarai dalam deklarasi tersebut.
Jumaat lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang – termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR – memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
Penandatangan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.
– BERNAMA
